Saturday, 9 June 2012

Big bang ep 2

Mereka berempat pulang ke rumah bersama-sama . Itu memang sudah menjadi rutin harian mereka . Segala perkara yang mereka lakukan mesti bersama . Bak kata perpatah berat sama dijunjung ringan sama dipikul . Best friends foreverlah katakan . Seungri memang tidak penat mengusik Qaira . Maklumlah cuma Qaira seorang sahaja bunga dalam kumpulan mereka . Dia menarik tocang Qaira yang sudah terikat kemas oleh gadis itu . "Aduh !!! kau ni asal Seungri . Kempunan penumbuk 5 petala bumi aku ke?" marah Qaira . Dia mencebik .  Seungri hanya menjulurkan lidahnya . "Oppa !!! tengok Seungri ni ." rengek Qaira sambil menarik lengan Top .

                                                                         Top

"Seungri !! waeyo?? Janganlah usik Qaira ni . Nanti dia bagi penumbuk 5 petala cinta dia . Angau kamu dibuatnya" ujar Top . Qaira semakin mencebik ."Bo?? penumbuk 5 petala cinta . Tak naklah , Qaira macam singa takut kita ." ujar Seungri . Top tertawa. "Korang ni , bencilah" rajuk Qaira . Dia mempercepatkan langkahnya meninggalkan yang lain . "Omo-omo !! dia dah merajuk . Korang ni ..." geleng G-dragon . "Pergilah pujuk dia kau aje yang tahu pujuk si Maknae kita tu" cadang Top kepada G-dragon . Pemuda itu , mengikut rentak Qaira . G-dragon jalan bersama gadis itu . Dia memandang Qaira lalu tersenyum-senyum sumbing . Qaira masih lagi mencebikkan wajahnya . " Boya!!!" marah Qaira .

                                                             GD OPPA !!

G-dragon masih tersenyum  . Di luar memang wajah gadis itu tampak muram tapi di hatinya berbunga-bunga apabila  G-dragon melemparkan senyuman paling kyeopta yang pernah Qaira lihat . "Alololo... merajuk erkk... Mari oppa pujuk.." pujuk G-dragon sambil mengusap lembut rambut Qaira . DUP !!! DAP !!! DUP !!! DAP !!! Tuhan aje yang tahu betapa berdebarnya dia saat itu . Seperti terkena kejutan eletrik sahaja . Qaira menepis tangan G-dragon setelah tersedar dari lamunannya . "Rosaklah rambut orang . Kalau tak nak orang merajuk lagi . Belanja KFC" . " KFC !! best tu . Bila kita nak pergi?"sampuk Seungri . Debukk !!! G-dragon menduku kepala Seungri .  " Hyung !! sakitlah .." rengek pemuda itu . " Siapa suruh menyampuk . Jom Qaira , malam ni oppa belanja makan KFC" kata G-dragon lalu memegang tangan Qaira dan mereka meneruskan perjalanan pulang ke rumah bersama . "Nak jugak !!! nak KFC !!" rayu si maknae itu . Top cuba menenangkan adiknya yang satu itu . "Padan muka !!! Yay !! dah menang.." ejek Qaira sambil menjulurkan lidah ke arah pemuda itu . Seronok gadis itu dibela G-dragon .



Selepas beberapa minit mereka selamat sampai ke rumah rahsia YG FAMILY . Pantas mereka berempat masuk ke dalam rumah itu . Kapten Seven dan Mama Mia menanti kedatangan anak-anak buah mereka dengan senyuman yang menguntum di bibir . Seungri , Top , G-dragon dan Qaira memberikan tabik hormat kepada senior mereka itu . Jika tidak kerana mereka berdua yang sentiasa sabar melatih Big bang , mungkin negara ini akan terdedah kepada kejahatan . "Anak-anak Mama sihat?? " . "Mama , Seungri ni.. dia selalu kacau Qaira ." mengadu gadis itu . Seungri apalagi buat muka tidak bersalahnya . "Alah Mama , gurau-gurau aje , Hehehe" helah Seungri .

"Esok , kamu semua akan ditugaskan ke daerah Netherland untuk menumpaskan kumpualan Astron yang semakin berleluasa di sana . Jika terlambat mungkin mengancam penduduk bumi ." ujar Kapten Seven . Dia adalah pegawai tinggi di YG FAMILY . Segala tugasan yang akan diberikan kepada Big bang adalah dari arahannya . Perwatakan Kapten Seven lebih tegas berbanding Mama Mia yang sentiasa tersenyum . Walaupun begitu dia tetap sayangkan budak-budak itu seperti adiknya sendiri . "Sebelum tu , macam mana perkembangan sekolah kamu ? Mula daripada si leader kita ." tanya Mama Mia .

" Ermmm , semua okey tapi cuma saya senior tahun ni kena study rajin-rajin sikitlah ." jawab Top . " Saya pulak Mama , okey jugak tapi strees sikit sebab satu kelas dengan mamat phsyco ni ." perli Qaira sambil menjeling-jeling Seungri . Pemuda itu , buat tak tahu aje dengan sindiran Qaira . Muka temboklah katakan. HAHA . "Aishhh !!! boringlah asyik-asyik exam.. tension tahu !! .. Bila tension aje mesti exam . Penat tau study sampai gugur rambut saya" keluh Seungri . "Seungri !! kamu nak rambut kamu tu tak tumbuh terus ke?? Mari sini Mama cabutkan . Nama pun sekolah" geleng Mama Mia . Seungri tersenyum kambing . Sekarang sudah tiba waktunya G-dragon menjawab pertanyaan Mama Mia . Tetapi pemuda itu seakan hilang dalam permainan mindanya sendiri . "GD !!! Ketua Kwon !!! Hey , G-dragon" panggil Top tetapi dia tetap tidak mendengar panggilan Top .



Imbasan Minda G-dragon ...

 Semuanya kelam , keadaan sekeliling suram . Suasana di situ banyak perbezaanya daripada bumi . Perasaannya diselubungi gelisah . "Kenapa aku rasa resah sangat ni? Tempat apa ni ?" pelbagai persoalan yang sentiasa dilemparkan . Namun jawapannya tetap tidak diketahuinya . Pemuda itu , meneruskan perjalanannya tanpa arah tuju . Alangkah terkejutnya dia apabila sebuah lembaga hitam tiba-tiba berdiri dihadapannya . Lembaga tersebut mendepakan tangannya lalu seluruh badannya dipenuhi api . G-dragon terdorong ke belakang . "Siapa kau !! Aku dekat mana ni?" . "HAHA ... Jangan takut , kau sebahagian daripada kami . Kau milik kami !!! " ujar Lembaga hitam itu . "Aku bukan milik sesiapa !! Aku nak keluar !!" teriak G-dragon . Lembaga itu berang !! api-api di badanya semakin marak . Keadaan sekeliling semakin panas . Sehingga peluh-peluh kecil meluncur dari dahi pemuda itu . " KAU MILIK KAMI !!!!" Bebola-bebola api berterbangan ke arah G-dragon .

Pemuda itu panik . Lekas-lekas dia menutur langkahnya . Tetapi semuanya sudah terlambat . Dia dihentam bebola api tersebut . Badannya merekah . Hentaman daripada bebola api itu seakan meresap masuk ke dalam tubuhnya . Sakit , perit semuanya menulur ibarat virus di seluruh tubuhnya . Matanya berapi                         " Arghh!!!!!!! " jerit G-dragon dengan penuh kesakitan .



G-dragon tersedar daripada mainan mindanya . Nafasnya sesak !!! .. Mainan mindanya seperti nyata . Dia masih lagi bingung dengan apa yang berlaku . " Oppa !!! " "Hyung !!!" "G-dragon" semuanya tidak putus-putus menyebut nama pemuda itu . Mama Mia mengusap dada G-dragon untuk menenangkannya . Top menghulurkan air kepada rakannya . Qaira risau dengan perubahan yang ditunjukkan pemuda itu . "Api !! saya nampak api !!" terang G-dragon . Mama Mia memandang Kapten Seven seperti ada sesuatu yang tidak kena . "Sejak bila kamu rasa ada perubahan dalam diri kamu?" tanya Kapten Seven . " Sejak minggu lepas saya selalu mimpi aneh-aneh . Tapi semuanya tentang api , lembaga hitam , suram , gelisah dan kesakitan . Hampir setiap malam saya diburu mimpi yang sama ." terang pemuda itu , lemah .

" Alah , mimpi tu mainan tidur aje" kata Seungri selamber . "Kau teringin makan penumbuk tahap selipar jepun tak?" ugut Qaira . Seungri mengeleng . Seungri !! Seungri !!! tahap getir macam ni pun dia nak bergurau . Tak serius punya budak... " Nampaknya ada sesuatu yang kami akan jelaskan pada kamu semua . Tapi bukan sekarang . " jelas Kapten Seven ..















No comments:

Post a Comment